Posts

4 TIP MENGURUSKAN KEWANGAN KELUARGA UNTUK SURIRUMAH

Sebagai seorang surirumah, salah satu perkara yang anda boleh sumbangkan untuk keluarga adalah dengan membantu menguruskan kewangan keluarga. Saya masih ingat titik permulaan saya menjadi Menteri Kewangan dan Bendahari dalam keluarga saya. Kisahnya begini... Saya mula bergelar menjadi seorang surirumah setelah berhenti kerja pada bulan Julai tahun 2013. Sebelum itu saya merupakan seorang jurutera elektrik di Intel Sdn Bhd. Sejujurnya saya sukakan kerja saya ketika itu sebagai CPU Silicon Design Engineer di bahagian layout . Sehingga sekarang saya masih boleh membayangkan keseronokan melukis layout , mencari error dan run simulation . Seronoknya! Namun, saya juga tidak mahu berjauhan dengan suami. Ketika itu suami di Selangor manakala saya di Kedah. Ditambah lagi dengan keadaan yang mengandung anak pertama sewaktu itu. Jadi setelah berbincang dengan suami, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Rancangan awal adalah untuk kembali bekerja setelah habis tempoh berpantang. Namun